Skip to main content

Featured

  Food Review : Ganjeong Meal Marrybrown.. Credit gambar screenshot... Sedap en en, bila korang tengok gambar tu, aku boleh cakap memang sedap. Harga pon boleh tahan. Aku dah lama tengok menu dekat foodpanda, lama jugak teringin nak try. Akhirnya dalam bulan puasa yang lepas (tahun 2021) aku pun try.  Menu di ada beberapa set. Ada yang burger sahaja, ayam sahaja dan jugak yang kombo ayam dengan burger. Dan dah semestinya aku beli kombo ayam dengan burger sebab aku pening mana satu nak pilih (lebih kepada tak cukup sebenarnya...haha..)  At the same time aku belanja adik bongsu aku burger dia. Kata dia pedas, tapi dia semua benda pun pedas. Tapi pada aku not bad la pedas pedas manis, kena dengan selera melayu aku.  Harga dia pon not bad, lebih kurang fast food yang lain jugak. total aku habis dalam RM40++ jugak la. So pada korang yang nak cuba boleh lah dapatkan segera sebelum offer di tarik oleh Marrybrown.. PS: Aku cakap macam tu sebab, bertangguh bertangguh punya pa...

Pengalaman Beli Barang Online Dari Luar Negara.

 

Assalamualaikum Semua, thanks ya sebab sanggup luangkan masa singgah blog aku yang terdampar ni.

Lama jugak blog ni tak diupdate, cukup lama sampai aku sendiri lupa yang aku ada blog ni.

Put everything aside, jom start aku cerita pasal pengalaman aku beli barang online dari luar negara..


Pengalaman aku ni boleh dikatakan lebih kepada impulse purchase. Pada korang yang tak tau, impulse purchase ni boleh dikatakan pembelian on the spot, tiba tiba dan yang sewaktu dengannya. Sebelum aku teruskan cerpen aku ni, kalau korang nak tau aku beli topi snapback je sebenarnya. Sebabkan aku ni peminat tegar dan kipas susah mati perlumbaan F1 kat tv tu aku pun beli la topi dia secara online dekat F1 punya official fanshop. 


Topi yang aku beli...sort of



Screenshot dari web...




Kalau korang refer gambar kat atas, macam tu lah rupa topi yang aku beli. Ramai tanya kenapa aku beli online, kat kedai takde ke, tak bahaya ke, boleh sampai ke especially time time pandemik ni. Banyak soalan ditanya tapi sebabkan nakkan experience dan jugak sebab kat Malaysia tercinta ni takde topi ni...aku beli jugak la online.

Seingat aku, aku beli topi ni waktu lunchbreak kat tempat kerja, tengah lepak lepak lepas makan aku pun scroll la henpon. Terjumpa dengan iklan barang kat atas tu. Mungkin google dapat detect yang aku memang tengah cari topi untuk F1 macam yang atas tu.

Mula mula aku pun sceptical, yelah first time nak beli barang dari luar. Harga pun bukan murah, termasuk shipping dalam RM250 jugak la aku rabak. Tapi sebab aku nak jugak topi tu dan dah puas merata cari kat luar, aku beranikan diri untuk beli jugak topi tu secara online.

Normal details yang korang kena bagi macam biasalah Fullname, address, email dan lain lain lah. Tapi yang paling gerun aku rasa ialah bahagian payment tu. Yelah kita nak bagi bank information pada site yang kita baru jumpa. Mesti ada rasa gusar atau takut sikit ye tak. Takut kena tipu ke, kena hack ke macam macam lah. 

By the way, aku nak bagitau kita tak perlu ada credit card pon untuk beli online ni. Kad debit dari bank tu pun dah cukup. Asalkan ada logo mastercard atau visa tu pon ok dah. Tapi yang paling penting balance dalam bank cukuplah. Sebab apa aku cakap macam tu, selalunya website online dari luar akan tunjuk harga dalam US Dollar. So kita kena convert plus dengan shipping untuk tahu final price yang kita kena bayar.

Just nak bagitau yang barang aku beli ni pre order item, masa aku beli ni stok pun takde. so kene amik kira jugak untuk masa penghantaran tu. Korang bayangkan sebabkan barang ni pre order item, aku tunggu barang untuk ship lebih kurang 3 minggu baru diorang pos dari UK. Tapi bila diorang dah shipped dalam 10 hari sampai la kalau tak silap aku. 

Kalau ready stock item memang akan cepat la dari barang aku ni. Total masa diorang ambil dari hari aku order ke hari barang sampai dalam 5 minggu. Tapi funny thing is, barang ni sampai 24/5 sebab based on website diorang, expected barang sampai 25/5. So awal sehari...haha

At the end, harini 24/5 aku balik je rumah nampak barang ni dalam bilik. Walaupun berbungkus aku tau ni topi yang aku beli sebab memang aku takde lagi barang pending yang aku patut terima selain topi tu...

So aku boleh cakap beli barang online dari luar negara selamat asalkan website tu bereputasi baik dan memang boleh dipercayai...

Itu je kot aku nak cerita kali ni, 

Jumpa lagi lain kali okkkk..


Comments

Popular Posts