Skip to main content

Featured

  Food Review : Ganjeong Meal Marrybrown.. Credit gambar screenshot... Sedap en en, bila korang tengok gambar tu, aku boleh cakap memang sedap. Harga pon boleh tahan. Aku dah lama tengok menu dekat foodpanda, lama jugak teringin nak try. Akhirnya dalam bulan puasa yang lepas (tahun 2021) aku pun try.  Menu di ada beberapa set. Ada yang burger sahaja, ayam sahaja dan jugak yang kombo ayam dengan burger. Dan dah semestinya aku beli kombo ayam dengan burger sebab aku pening mana satu nak pilih (lebih kepada tak cukup sebenarnya...haha..)  At the same time aku belanja adik bongsu aku burger dia. Kata dia pedas, tapi dia semua benda pun pedas. Tapi pada aku not bad la pedas pedas manis, kena dengan selera melayu aku.  Harga dia pon not bad, lebih kurang fast food yang lain jugak. total aku habis dalam RM40++ jugak la. So pada korang yang nak cuba boleh lah dapatkan segera sebelum offer di tarik oleh Marrybrown.. PS: Aku cakap macam tu sebab, bertangguh bertangguh punya pa...

Pengalaman Aku Sebagai Pekerja 7 Eleven...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
First TuanTanah nak cakap terima kasih sebab sudi singgah blog TuanTanah ni...

Harap harap TuanTanah dapatlah konsisten dalam berblog ye...amin..

Berbalik pada tajuk kat atas tu, TuanTanah nak ceritalah pengalaman TuanTanah sepanjang kerja dengan 7 Eleven satu masa yang tak berapa lama dulu..

Lepas TuanTanah habis belajar Uitm dulu, sama macam orang lain, TuanTanah mulalah cari kerja yang sepadan dengan kelulusan ( TuanTanah belajar degree civil engineering )
Tapi malangnya hampa. Satu kerja pun tak sangkut.

Sebabkan dah berbulan mereput kat rumah TuanTanah pun mulalah cari kerja apapun asalkan dapat gaji. Dari duduk rumah tak dapat apa baik kerja ye tak..

Banyak tempat TuanTanah cuba mintak kerani kilanglah, cashier pasarayalah sampailah ke operator kilang semua kata nanti diorang call.

So on the way nak balik rumah tu TuanTanah singgahlah 7E bajet nak beli slurpee. Nampak pulak iklan jawatan kosong. Apalagi TuanTanah Mohon jela. Cuba nasib la katakan.

Nak dijadikan cerita, TuanTanah dapat kerja kat 7E tu. Macam korang semua tahu 7E ni 24 jam. Waktu kerjanya pula dari 7pg - 3ptg, 3ptg - 11mlm dan 11mlm - 7pg. Kalau kena kerja lebih masa maknanya 12 jam straight 7pg - 7mlm dan 7mlm - 7pg

Kalau staff kurang memang biasa kena kerja 12 jam la. Ok la dapat overtime kan. Harapkan basic berapa la sangat kan.

Pada yang tak tahu gaji 7E dibayar dua kali sebulan. Tiap tiap 15hb dan hari terakhir bulan tu. Kalau kerja malam pula ada elaun syif malam RM 5.

Pada TuanTanah kerja 7E ni boleh dikatakan senang. Buat benda sama je berulang ulang. Kalau syif malam lagi la memang bosan menunggu orang masuk kedai.

Tapi pada yang nak kerja sementara menunggu kerja lain kira ok la kan..

Pada adik adik especially yang lepas SPM tu boleh la try mohon. Dari duduk rumah tak buat apa dapat jugak duit poket sikit ye tak...

Oklah nanti jumpa lagi ya..

Comments

Post a Comment

Popular Posts