Skip to main content

Featured

  Food Review : Ganjeong Meal Marrybrown.. Credit gambar screenshot... Sedap en en, bila korang tengok gambar tu, aku boleh cakap memang sedap. Harga pon boleh tahan. Aku dah lama tengok menu dekat foodpanda, lama jugak teringin nak try. Akhirnya dalam bulan puasa yang lepas (tahun 2021) aku pun try.  Menu di ada beberapa set. Ada yang burger sahaja, ayam sahaja dan jugak yang kombo ayam dengan burger. Dan dah semestinya aku beli kombo ayam dengan burger sebab aku pening mana satu nak pilih (lebih kepada tak cukup sebenarnya...haha..)  At the same time aku belanja adik bongsu aku burger dia. Kata dia pedas, tapi dia semua benda pun pedas. Tapi pada aku not bad la pedas pedas manis, kena dengan selera melayu aku.  Harga dia pon not bad, lebih kurang fast food yang lain jugak. total aku habis dalam RM40++ jugak la. So pada korang yang nak cuba boleh lah dapatkan segera sebelum offer di tarik oleh Marrybrown.. PS: Aku cakap macam tu sebab, bertangguh bertangguh punya pa...

Akaun Tabung Haji VS Akaun Simpanan Bank

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali ni TuanTanah nak kongsi kenapa kita patut menabung dalam Tabung Haji dan bukan akaun bank biasa.

Sebelum kita mula TuanTanah nak bagitahu yang akaun Tabung Haji ni bukan untuk yang nak pergi haji sahaja. Semua rakyat Malaysia yang beragama islam boleh bukak akaun dengan Tabung Haji.

So mari kita lihat perbezaan antara kedua dua jenis akaun ni.

Selain dapat menyimpan untuk pergi haji ada banyak lagi kelebihan contohnya dividen yang dibayar memang jauh lebih tinggi kalau nak dibandingkan dengan akaun bank biasa.

Kadar purata dividen tabung haji ialah lebih kurang 4.5 % manakala bank bank simpanan biasanya bagi dividen kurang dari 1%

Faedah kedua akaun Tabung Haji ialah zakat dah ditolak siap siap. Tak payahlah kita pening pening nak kira dan bayar ye tak.
Semua dah dibuat secara automatik untuk kita.
Mudah lagi memudahkan.

Faedah yang ketiga ialah sukar untuk dikeluarkan. Pada yang jenis simpan duit pagi tapi petang dah pergi cucuk atm, akaun Tabung Haji memang terbaik.
Ini ialah kerana, by default urusan keluar duit memang guna buku Tabung Haji. So sukarlah sikit nak dikeluarkan..

So Kalau korang nak menyimpan Tabung Haji memang tempat terbaik .

Comments

Popular Posts